BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru supaya semua pengundi menerima keputusan PRU15 dengan berlapang dada dan tenang.

Menurut beliau, rakyat perlu bersikap matang dan tidak mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan selepas pengumuman keputusan yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Calon Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan SK Rusila di sini, kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu.

#BeritaSemasa #SinarHarian