BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

SMK Layang-Layang Kiri menjadi salah satu pusat mengundi di Parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri Belanja, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Pusat mengundi ini menjadi tumpuan apabila hampir 100 penduduk Kampung Parit Enam di tempatkan di sekolah sama yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tinjauan mendapati proses mengundi berjalan dengan tenang sejak dibuka jam 8 pagi namun, mengikut ramalan cuaca bagi daerah Perak Tengah, hujan dijangka melanda di sebelah petang.

Parlimen Parit mempunyai lebih 47, 000 pengundi yang mana majoritinya adalah Melayu. Daripada jumlah itu, 23,840 orang merupakan pengundi antara 19 hingga 39 tahun.

#BeritaSemasa #SinarHarian