Pemandu berlagak samseng diburu polis

BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2022

Polis sedang memburu seorang pemandu kereta tempatan yang berlagak ala samseng jalanan dengan memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan di hadapan The One Academy, Jalan PJS8, di Petaling Jaya, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu klip video rakaman memaparkan kejadian berkenaan yang dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan rakaman 'dashcam' berdurasi satu minit berkenaan, kejadian sebenar dipercayai berlaku pada 29 November jam 5.05 petang.

https://bit.ly/3VDjFGh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa