BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan pada awal Disember.

Sinar Harian difahamkan, satu pengumuman khas akan diadakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu sendiri dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai pembentukan kabinet baharu mula kedengaran susulan hantaran di laman Facebook Istana Negara semalam yang disertakan dengan empat keping foto.

Foto berkenaan memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Ahli Parlimen Tambun itu.

Artikel: https://bit.ly/3ERVH35

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian.