Surprise Me!

Dakwaan seleweng RM600 Bilion: Sudah-sudahlah wayang politik - Muhyiddin

2022-12-05 2,811 Dailymotion

Dakwaan seleweng RM600 Bilion: Sudah-sudahlah wayang politik - Muhyiddin

BERITA SEMASA 5 DISEMBER 2022

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran negara sebelum ini.

Malah, beliau menegaskan tidak takut untuk disiasat kerana yakin tiada penyelewengan duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan bagi tujuan membantu rakyat dan perniagaan terjejas ketika tempoh pandemik.

Beliau juga tidak pasti bagaimana angka tersebut dipetik namun mengagak ia merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion sewaktu beliau menerajui kerajaan

Artikel: https://bit.ly/3F2bpsD

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon