BERITA SEMASA 6 DISEMBER 2022

Sudahlah harga telur meningkat, nak dapatkan telur sepapan pun sukar, malah dah beli tetapi telur rosak pula.

Itu antara rungutan pengguna yang terpaksa berdepan masalah bekalan telur yang nampaknya masih tiada kesudahan.

Kebanyakan pengguna dan peniaga juga mengaku pernah terbeli dan dibekalkan telur ayam kurang segar dan busuk di kebanyakan kedai runcit.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa peniaga di Kedah dan Johor mengakui memang ada telur yang rosak dan retak sewaktu pemeriksaan dibuat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://bit.ly/3iHyNUY

#BeritaSemasa #SinarHarian