BERITA SEMASA 7 DISEMBER 2022

Baharu saja tewas dalam percubaan pertama bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah mengumumkan akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri pula, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Beliau yang merupakan bekas calon Bebas Parlimen Port Dickson bagaimanapun tidak mahu mendedahkan kerusi DUN mana yang akan ditandingi kerana masih terlalu awal.

Baginya, PRU15 menjadi titik permulaan untuk melibatkan diri dalam pertarungan pilihan raya sekali gus memberinya lebih peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Artikel: https://bit.ly/3FxVWC8

#BeritaSemasa #SinarHarian