BERITA SEMASA 7 DISEMBER 2022

Sebanyak 31 buah kenderaan buruk dan terbiar ditarik dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan penguatkuasa Perbadanan Putrajaya dan Bahagian Pengurusan Hartanah di kuaters sekitar Putrajaya.

Pengarah Penguatkuasa PPj, Mohd Ali Jusoh berkata, tindakan itu merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan masalah parkir yang meruncing di wilayah itu.

Beliau berkata, kesemua kenderaan ditarik itu akan disimpan di depoh PPj bagi tempoh enam bulan bagi urusan tuntutan pemiliknya.

Artikel: https://bit.ly/3VVaZv8

#BeritaSemasa #SinarHarian