BERITA SEMASA 14 DISEMBER 2022

Hujan lebat berterusan pada awal pagi, mengakibatkan Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di Johor dilanda banjir kilat pada Rabu, laporan wartawan Sinar Harian Nor Azura Amin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Fizwan Mohd Rashidi berkata, kawasan perumahan tersebut tidak disenaraikan sebagai 'hot spot' banjir dan banjir pada kira-kira jam 5.30 pagi itu berlaku susulan hujan lebat lebih lima jam.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Desaru dan Pengerang berjaga-jaga dengan amaran cuaca dikeluarkan selain berpindah sekiranya diminta oleh pihak berkuasa.

Artikel: https://bit.ly/3j4m7Ys

#BeritaSemasa #SinarHarian