PM tiada masalah berdepan usul undi percaya: Khaled Nordin

BERITA SEMASA 16 DISEMBER 2022

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang khas Dewan Rakyat, Isnin ini, dijangka tidak berdepan masalah, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik akan bertindak rasional ketika usul undi tersebut dilakukan.

Jelasnya, ahli-ahli Parlimen akan bertindak rasional dan boleh bersetuju terhadap usul undi dibentangkan kelak memandangkan tiada parti politik yang mempunyai majoriti selepas PRU15.

Artikel: https://bit.ly/3PysorB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian