Tragedi tanah runtuh: 12 lagi mangsa masih dicari

SEMASA 17 DISEMBER 2022

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Hulu Selangor di sambung semula pada jam 7 pagi hari ini.

Pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Unit Anjing Pengesan dan Pasukan Gerakan Am mula memasuki kawasan pencarian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, setakat ini operasi SAR masih berjalan dan masih belum ada penemuan mangsa baharu.

Setakat jam 11 malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan terkorban, manakala 61 lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian dilapor membabitkan sejumlah 94 orang.

Muzik: Ran Raiten dari Artlist.co

Artikel: https://bit.ly/3vgQDkN

#BeritaSemasa #SinarHarian