Dua jentera pengorek ATM ke lokasi tanah runtuh

BERITA SEMASA 19 DISEMBER 2022

Dua jentera pengorek milik Angkatan Tentera Malaysia tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali, Hulu Selangor kira-kira jam 2.20 petang, pada Isnin, lapor lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuralif Mohd Zoki dan Muhammad Afham Ramli.

Difahamkan jentera pengorek ini daripada Rejimen Askar Jurutera DiRaja, Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.

Kedua jentera pengorek berkenaan dibawa bagi melancarkan urusan kerja-kerja mencari dan menyelamat di lokasi tragedi.

Artikel: https://bit.ly/3FDqelN

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Batangkali #TanahRuntuh