Rantau Panjang 'tenggelam' hanya boleh dilalui bot dan lori 20 tan

BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022

Rantau Panjang, Kelantan 'tenggelam' apabila lebih 20 kampung di kawasan tersebut dilimpahi air banjir pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Malah hanya bot dan lori 20 tan sahaja boleh digunakan untuk bergerak di kawasan berkenaan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, jalan utama untuk ke Rantau Panjang yang paling terkesan ialah Kalbot Lima.

Artikel: https://bit.ly/3G7Q1Us

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian