Surprise Me!

Pemandu bot di Kelantan bertaruh nyawa bantu penduduk

2022-12-21 4,574 Dailymotion

BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Seorang pemandu bot penambang Shamsuddin Abdullah berusia 53 tahun sanggup menggadai nyawa membantu memudahkan urusan penduduk menyeberangi Sungai Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Tindakan itu dilakukan bagi membantu lebih 3,000 penduduk di empat kampung yang mempunyai urusan mustahak, dan terdesak bagi menyeberangi sungai selebar sekitar 300 meter dengan kedalaman semasa setinggi 25.16m.

Shamsuddin berkata, pengangkutan bot penambang adalah satu-satunya yang ada di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu berikutan tiada kemudahan feri buat masa ini.

Artikel: https://bit.ly/3YCBJme

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon