Banjir: Rumah penduduk di Terengganu hilang dibadai arus

BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Beberapa rumah di sekitar daerah Besut, Terengganu musnah teruk malah ada yang terus 'hilang' akibat dibadai arus deras dalam bencana buruk yang melanda daerah itu sejak Ahad lalu.

Difahamkan, antara kampung terlibat ialah di Kampung La, Kampung Bekok dan Kampung Batu 13.

Setakat jam 10 pagi pada Rabu, sejumlah 41,021 mangsa banjir telah dipindahkan ke 296 buah pusat pemindahan sementara yang diaktifkan di lapan daerah di Terengganu.

Artikel: https://bit.ly/3jeWX9v

#BeritaSemasa #SinarHarian