Anda ingin jenama perniagaan dikenali ramai sekali gus meraih keuntungan berlipat kali ganda?

Jangan risau, kini ia mampu dicapai apabila anda menyertai program-program yang ditawarkan dalam kempen Saya Digital anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ia bukan sahaja mendedahkan anda kepada pelbagai inisiatif ekonomi digital sedia ada, malah membantu meningkatkan kemahiran pendigitalan selari peredaran zaman dan pasaran semasa.

Tunggu apa lagi, layari mdec.my/sayadigital untuk maklumat lanjut. #AWANInews