BERITA SEMASA 22 DISEMBER 2022

Empat lagi mayat mangsa termasuk dua kanak-kanak ditemui di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

Perkara itu disahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook yang memaklumkan penemuan itu.

Difahamkan, empat mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa serta dua kanak-kanak perempuan.

Penemuan itu merekodkan angka korban tragedi berkenaan kini seramai 30 orang dan tiga lagi masih hilang.

Artikel: https://bit.ly/3FHmDmK

Muzik: Ran Raiten Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian