BERITA SEMASA 22 DISEMBER 2022

Polis Perak menjalankan pemantauan secara berkala di lokasi terjejas banjir di Perak bagi mencegah kegiatan jenayah berlaku, laporan wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menjelaskan sehingga kini tiada sebarang laporan kejadian jenayah diterima di kawasan-kawasan bencana itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kotak makanan dan menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat, Perak pada Khamis.

#BeritaSemasa #SinarHarian