Pelakon ditahan pandu 'King' secara bahaya, kekasih tercampak

BULETIN TIKTOK 29 DISEMBER 2022

Seorang pelakon diberkas selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) Ampang, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.

Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun tercampak keluar.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3vkK8NM

Muzik: Artlist.co

#BeritaSemasa #SinarHarian