Kereta lembu atas jalan untuk latihan Thaipusam

BERITA SEMASA 6 JANUARI 2023

Kereta lembu yang tular ditunggang di jalan raya oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan, Serdang, adalah bertujuan untuk berlatih bagi perarakan upacara sempena Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan satu video yang tular di media sosial berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7 petang semalam

Siasatan awal mendapati, rakaman tersebut dirakamkan pada Isnin lalu, kira-kira pukul 10 pagi sebelum tular di media sosial.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VNdVcG

Muzik: Elevate dari www.bensound.com