BERITA SEMASA 6 JANUARI 2023

Sebuah restoran di Batu Buruk, Kuala Terengganu mengambil inisiatif menyediakan sarapan percuma kepada orang ramai setiap pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Restoran yang mula beroperasi sejak September tahun lalu menyediakan pelbagai menu sarapan antaranya nasi lemak, nasi minyak, roti canai, roti bakar, kuih-muih, keropok goreng dan minuman.

Hari pertama program sarapan pagi percuma yang dinamakan Sedekah Jumaat itu mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1,000 pelanggan.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3jXiio5

Muzik: Elevate dari www.bensound.com