Isu tiket AFF: Netizen serang Jay Chou

BULETIN TIKTOK 6 JANUARI 2023

Gara-gara Stadium Nasional Bukit Jalil ‘hilang’ 21,000 tempat duduk untuk aksi Piala AFF 2022, esok, penyanyi antarabangsa dari Taiwan, Jay Chou menjadi sasaran amukan netizen, apabila akaun media sosialnya diserang.

Dipercayai, perkara tersebut dipengaruhi ketidakpuasan hati peminat bola sepak tempatan kerana pemasangan struktur pentas konsertnya di lokasi itu menyebabkan ramai ‘kempunan’.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terdahulu memberitahu, kerja pemasangan berkenaan telah ditempah awal semenjak Mac 2019.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3XbC1iw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com