Surprise Me!

Indonesia sahabat sejati, 12 perkara bakal dibincangkan dengan Jokowi - PM Anwar

2023-01-08 0 Dailymotion

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok (Isnin) bakal menyentuh 12 perkara.

Walaupun tidak mendedahkan 12 perkara itu, fokus perbincangan dijangka mengukuhkan lagi hubungan serumpun dan strategik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

“Pertama, Indonesia merupakan jiran serumpun dan sahabat sejati walaupun dalam keadaan saya terlempar dan disisih, dan Indonesia tetap terima saya sebagai sahabat sejati.”

“Maka, Malaysia akan memberikan keutamaan dalam hubungan dua hala dengan Indonesia,” jawab Anwar secara ringkas ketika ditanya oleh wartawan Indonesia sempena lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Buy Now on CodeCanyon