BERITA SEMASA 10 JANUARI 2023

Mahkamah Persekutuan Putrajaya, menolak permohonan seorang peguam untuk mengembalikan saman mencabar kesahan pengampunan diraja yang diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Datuk P Nallini dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, membuat keputusan itu secara sebulat suara.

Atas nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tengku Maimun berkata, mahkamah tertinggi mendapati tiada asas untuk mencadangkan sebarang salah nyata dalam nasihat yang ditawarkan.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VV819n

Muzik: Elevate dari www.bensound.com