Kos sara hidup masih belenggu rakyat: Dr Sahruddin

BERITA SEMASA 17 JANUARI 2023

PN Johor menyifatkan tempoh 50 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak memberangsangkan, tiada kesungguhan menyelesaikan isu semasa dan lebih berdrama daripada bekerja.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Kerajaan Perpaduan ditunjangi PH dan BN itu dilihat tiada kesungguhan menyelesaikan masalah rakyat seperti dijanjikan dalam manifesto masing-masing.

Katanya, isu kos sara hidup masih membelenggu rakyat, malah suara menuntut pengeluaran KWSP bersasar untuk terakhir kalinya masih kedengaran selain masalah bekalan telur tidak berkesudahan.

Artikel: https://bit.ly/3kfr4hr

Muzik: Elevate dari www.bensound.com