Surprise Me!

Prosiding Siti Bainun diteruskan tanpa peguam

2023-01-26 2,179 Dailymotion

BERITA SEMASA 26 JANUARI 2023

Prosiding bela diri Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini diteruskan tanpa diwakili peguam.

Hakim, Izralizam Sanusi mengarahkan Siti Bainun membaca pernyataan saksinya setebal hampir 200 muka surat agar tidak mengganggu perjalanan kes.

Sementara itu, beliau turut menangguhkan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 20 Februari depan.

Artikel: https://bit.ly/3H6O0Y9

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon