BERITA SEMASA 26 JANUARI 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi memudahkan tugas rasminya.

Menurutnya, pasport antarabangsa diperlukan bagi membolehkan Jabatan Imigresen memproses permohonan beliau untuk mendapatkan pasport diplomatik bagi memudahkan perjalanan keluar dan masuk negara.

Sehubungan itu, beliau memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar pasport antarabangsanya yang ditahan sebagai syarat jaminan tambahan, dikembalikan kepada beliau secara kekal secepat mungkin.

Artikel: https://bit.ly/3Jdy09h

Muzik: ELevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian