Dipecat UMNO: KJ tak akan buat rayuan

BERITA SEMASA 30 JANUARI 2023

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya daripada parti itu.

Beliau berkata, tidak ada gunanya merayu keputusan MKT UMNO kerana individu yang mahu beliau keluar masih kekal dalam parti tersebut.

Dalam sebuah rancangan bersama radio BFM, Khairy berkata dia berbincang dengan Tan Sri Noh Omar dan Shahril Hamdan yang masing-masing turut dipecat dan digantung oleh kepimpinan parti sebelum membuat keputusan ini.

Artikel: https://bit.ly/3HlxDH4

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa