BERITA SEMASA 30 JANUARI 2023

Seramai 14 individu mengaku tidak bersalah Mahkamah Majistret di Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mencuri dan menghapuskan kabel milik Telekom Malaysia (TM) awal bulan ini.

Pengakuan tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang di hadapan Majistret R Manomani pada pagi Isnin.

Kesemua tertuduh antaranya bekerja sebagai subkontraktor, pengawal keselamatan, penternak ikan, penjual vape, kerani dan lain-lain didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Artikel: https://bit.ly/3XLxoMx

#BeritaSemasa #SinarHarian