BERITA SEMASA 30 JANUARI 2023

UMNO Sabah membuat keputusan untuk mengambil tempoh bertenang dalam menangani kemelut politik di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norasikin Daineh.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan yang cukup terbuka telah dilakukan dengan rakan kepimpinan UMNO Sabah dan ADUN terhadap kedinamikan politik yang sedang berlaku di Sabah.

Ditanya pemberita berapa lama tempoh bertenang itu diambil, Datuk Seri Ahmad Zahid menjelaskan bahawa ia tidak dilakukan secara tergesa-gesa untuk mencari jalan penyelesaian.

Jelasnya, jalan penyelesaian memerlukan persefahaman dua hala iaitu daripada pihak Barisan Nasional dan UMNO bersama rakan politik yang lain.

Artikel: https://bit.ly/3wGZU64

#BeritaSemasa #SinarHarian