Jeti roboh di Semporna, KPM pandang serius

BERITA SEMASA 31 JANUARI 2023

Kementerian Pendidikan memandang serius insiden jeti roboh yang berlaku semalam di Kampung Pababag, Semporna, Sabah dan mahu pemakaian jaket keselamatan diwajibkan.

Kejadian itu mengakibatkan dua murid dari Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag cedera manakala 23 yang lain selamat selepas terjatuh ke laut apabila jeti kampung berkenaan roboh.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan segera telah diberikan kepada semua mangsa terlibat termasuk bantuan sokongan psikososial.

Artikel: https://bit.ly/3XOTUnV

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian