Surprise Me!

Saya simpati dengan Nurul Izzah: Fahmi

2023-01-31 2 Dailymotion

Saya simpati dengan Nurul Izzah: Fahmi

BERITA SEMASA 31 JANUARI 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata beliau bersimpati dengan anak perdana menteri Nurul Izzah Anwar kerana apa pun yang dilakukannya pasti akan menerima kritikan orang ramai.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kewangan dan Ekonomi PM yang menjadi pedebatan.

Terdahulu, media mengesahkan Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri yang memulakan khidmatnya pada 3 Januari lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tambun, Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan Nurul Izzah dibuat berdasarkan kelayakannya.

Datuk Seri Anwar menambah, anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Artikel: https://bit.ly/3WOqAwA

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Buy Now on CodeCanyon