Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan jelas Pilihan Raya Negeri, PRN membabitkan enam negeri akan diadakan antara bulan Jun atau Julai ini.<br /><br />Menurutnya, PRN berkenaan juga dijangka akan diadakan serentak membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin Perikatan Nasional, PN serta Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Harapan, PH.
