BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya pasport antarabangsanya dikembali secara kekal, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun membenarkan pasport itu diserahkan sementara bagi membolehkan Datuk Seri Ahmad Zahid membuat pasport diplomatik untuk urusan rasmi.

Sebelum ini, Presiden UMNO itu membuat permohonan dengan niat baik bertujuan memohon kebenaran bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.

Artikel: https://bit.ly/3jrlA38

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian