Menu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri

BERITA SEMASA 4 FEBUARI 2023

Program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri pada April depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata , sebagai permulaan sebanyak 20 institut pengajian tinggi awam di sekitar Lembah Klang akan terbabit dengan program itu.

Menurut beliau, KPDN dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah bersetuju untuk menyelaras program Menu Rahmah di IPTA sebelum diperluaskan ke institut pengajian tinggi (IPTS), pusat kemahiran dan sebagainya.

Artikel: https://bit.ly/3JCCYwv

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian