MOF bincang dengan PLUS tambah lorong Yong Peng-Skudai

BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2023

Kementerian Kewangan akan mengadakan pertemuan bersama PLUS pada minggu ini berhubung penambahan lorong lebuh raya membabitkan laluan antara Yong Peng-Skudai, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penambahan lorong daripada empat kepada enam lorong itu merupakan antara fokus kerajaan terutama dalam mengatasi kesesakan, akibat pertambahan kenderaan.

Jelasnya, ia merupakan permintaan ramai rakyat berikutan kesesakan lalu lintas lebuh raya itu di antara Yong Peng-Skudai adalah masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

Artikel: https://bit.ly/3wXUfJ3

Muzik: www.Bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian