BERITA SEMASA 11 FEBRUARI 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merancang untuk membangunkan aplikasi khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi mengenai Menu Rahmah, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, aplikasi berkenaan secara keseluruhannya akan mempamerkan lokasi termasuk waktu tertentu bagi mendapatkan Menu Rahmah berkenaan.

Difahamkan, aplikasi tersebut sedang dibangunkan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Artikel: https://bit.ly/3Ynbb81

#BeritaSemasa #SinarHarian