Pengusaha restoran di Kelantan tawar lapan Menu Rahmah

BERITA SEMASA 12 FEBRUARI 2023

Pengusaha Restoran Pondok Kebaboom di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan menawarkan lapan Menu Rahmah kepada pelanggan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Antaranya ialah, nasi bajet yang dihidangkan bersama ayam goreng atau gulai, sayur tauge dan segelas teh o ais yang bernilai RM4.50.

Manakala tujuh menu lain seperti nasi, mi, kuetiau, bihun goreng serta mi, bihun dan kuetiau celup dijual dengan harga RM4.90 beserta segelas teh o ais.

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian