Azmin umum berehat sebentar daripada politik

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2023

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PN itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, beliau terus bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Sebelum ini, PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang Pilihan Raya Negeri yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian