BERITA SEMASA 17 FEBRUARI 2023

Penduduk di bandar Reyhanli di Turkiye termasuk krew Syria Care berdepan detik cemas selepas sekali lagi berdepan gegaran susulan kira-kira jam 11 malam semalam waktu tempatan, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha.

Berdasarkan maklumat diperoleh dari aplikasi Earthquake Safety, gegaran yang direkodkan pada ketika itu adalah berukuran 4.7 skala Richter.

Manakala di Syria pula, wakil Syria Care yang berada di lokasi memaklumkan dua buah rumah runtuh akibat gempa tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3Ix2vpS

Muzik: Doug Kaufman - Of the Earth dari Artlist.io