Empat terselamat kereta terbakar di Jambatan Pulau Pinang

BERITA SEMASA 23 FEBBUARI

Empat individu terselamat apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 1 pagi, Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Syamzul Razman Abdul Rahman berkata, kemalangan berlaku berdekatan kawasan perindustrian Perai iaitu dari arah Perai menuju ke kawasan pulau.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 21 minit kemudian.

Artikel: https://bit.ly/3XZh9e6

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian