Surprise Me!

Lebih 2,000 pekerja terjejas jika lesen Lynas dibatalkan

2023-02-24 15,607 Dailymotion

Lebih 2,000 pekerja terjejas jika lesen Lynas dibatalkan

BERITA SEMASA 24 FEBRUARI 2023

Lebih 2,000 pekerja yang bergantung dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan Pahang, bakal terjejas jika lesen operasi kilang itu dibatalkan, lapor wartawan Sinar Harian Nik Amirilmu'min Nik Min.

Selain 830 pekerja tetap, turut terjejas para kontraktor, sub kontraktor, pekerja kontrak, kilang pembekal dan industri kecil dan sederhana (SME) yang selama ini bergantung kepada kilang itu.

Naib Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas, Mimi Afzan Afza berkata, pekerja Lynas termasuk tenaga pakar terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai kepakaran tahap tinggi dalam industri dan teknologi nadir bumi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Aman Lynas dan Komuniti bagi membantah keputusan tersebut di padang awam Balok.

Buy Now on CodeCanyon