Bajet 2023: Kerajaan tersepit isu KWSP

SHORTS SINAR LIVE

Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi berpandangan, kerajaan tersepit untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana ada di antara rakyat yang mahu mengekalkan simpanan mereka.

Bagaimanapun kata beliau, sebahagian besar juga pasti kecewa jika pengeluaran KWSP tidak dibenarkan kerana mereka memang amat memerlukan bantuan kewangan.

Anis Anwar berkata demikian dalam program Sinar Live bertajuk 'Bajet 2023: Puas hati tak?' pada Jumaat, 24 Februari 2023.

#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia