Bekas penjawat awam didakwa guna dokumen palsu

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2023

Seorang bekas penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen antara 2017 hingga 2019, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

Muhammad Farhan Salleh, 37, yang juga bekas kerani Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan tiga set dokumen Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama tiga syarikat, iaitu FNL Trading, Neosoft Technology Trading dan Ideal Ventures Enterprises, yang dipalsukan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Sayap Selatan Kota Iskandar, di Iskandar Puteri antara Januari 2017, Februari 2018 dan Januari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Artikel: https://bit.ly/3YYugO5

Muzik: Elevate dari www.bensound.com