Atap bocor, tebuk atap: MP Hulu Langat, Semporna bimbang ada cubaan jatuhkan kerajaan

BERITA SEMASA 1 MAC 2023

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mendakwa kemungkinan masih ada lagi jalur untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dengan membangkitkan isu atap bocor, tebuk atap seperti yang didakwa PN semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga berpandangan supaya Akta Anti Lompat Parti perlu diperhalusi dan diperbaiki supaya dapat direalisasikan dengan segera.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, beliau juga bimbang dengan keadaan parti Warisan di Sabah yang dulunya mempunyai 23 ADUN kini hanya tinggal 15 sahaja.

#BeritaSemasa #SinarHarian