Peruntukan sebanyak RM300 juta bagi menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia disifatkan sebagai rahmah buat usahawan di Sandakan.<br />Ia amat membantu mereka mahu mengembangkan perniagaan, pada masa sama mengurangkan tekanan modal bagi golongan belia yang baru berjinak jinak dengan dunia keusahawanan.
