Boleh tegur PM tapi jangan sampai 'cedera': Hassan Karim

BERITA SEMASA 2 MAC 2023

Ahli Parlimen Pasir Gudang PH, Hassan Abdul Karim berkata MP boleh mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kesedaran terhadap beliau akan tetapi jangan sampai 'cederakan' beliau.

Menurutnya, sebelum ada istilah Madani lagi beliau telah mengenal Ahli Parlimen Tambun itu sejak tahun 1971 dimana sebahagian daripada umur beliau habis ditahanan penjara demi memperjuangkan rakyat miskin.

Justeru, beliau juga berharap agar kerajaan perpaduan ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga lah sampai lima tahun akan datang.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian