Perkhidmatan penggerak penumpang automasi atau Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara bermula Khamis atas faktor keselamatan.<br /><br />Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, keputusan tersebut diambil susulan insiden aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di klia pada Rabu, membabitkan 114 penumpang.
