Mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat pagi ini kepada lebih 46,000 orang setakat 7.30 pagi Ahad.<br /><br />Menurut portal info bencana JKM, seramai 46,420 orang daripada 13,420 keluarga yang dipindahkan ke 291 pusat pemindahan sementara (PPS).<br /><br />Setakat ini, lima negeri terjejas banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.
