Hukum suka menangguh-nangguhkan dan solat di hujung waktu?

“Banyak betul kerja harini, nanti la solat zohor hujung-hujung, boleh asar terus”, bisik Ema dalam hatinya.

Ema seorang yang menjaga dan tidak pernah tinggal solatnya. Namun, perbuatan yang dilakukan Ema hampir setiap hari itu kadang-kala mengundang persoalan kepada orang lain yang melihat situasi tersebut. Bolehkah begitu?

Solat di hujung waktu ibarat menangguh-nangguhkan solat dan perbuatan itu tidak disukai Baginda Nabi SAW. Seharusnya sebagai Muslim, solat adalah keutamaan kita walau di mana sahaja berada.

Persoalannya, bagaimana nak mendidik hati agar bersegera menunaikan solat di awal waktu?

Pendakwah, Imam Muda Fakhrul ada jawapannya.

#SoalJawabAgama
#SinarIslamPlus